Sunday 15 April 2018

BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN


5.1 PENGENALAN

Latihan industri ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi manfaat berbanding buruknya. Ia juga membuka peluang kepada saya untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan syarikat dan seterusnya dapat menjalan kepada saya untuk menjadi salah seorang daripada kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian.


Setelah menjalani latihan industri selama 18 minggu, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang saya berada di Kejuruteraan Teras Setia. Seperti biasa,setiap perkara yang berlaku ada buruk dan ada baiknya,begitu juga dengan latihan industri ini.


Seterusnya pada pandangan saya,dapatan dan cadangan ini sesuai dikemukakan kepada syarikat yang ingin mengambil pelajar praktikal kerana ia dapat membantu pengurus projek lebih memahami keperluan pelajar praktikal. Bukan itu sahaja malah, organisasi latihan juga boleh memperbaiki kelemahan syarikat yang mungkin tidak disedari selama ini.










5.2 ANALISIS DAN PENGALAMAN BEKERJA


Berikut merupakan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalani  Latihan Industri di Kejuruteraan Teras Setia :


1.      Menghadapi pelbagai karenah pelanggan-pelanggan

2.      Sebelum membuat sesuatu kerja,utamakan keselamatan terlebih dahulu


3.       Membuat sesuatu kerja dengan lebih pantas dan kemas

4.      Belajar menghormati agama dan budaya orang lain


5.      Menjaga disiplin diri sepanjang waktu bekerja

6.      Mempelajari bahasa teknikal dalam industri dalam bidang penyamanan udara












5.3 KOMEN DAN CADANGAN

KOMEN
Semasa saya menjalani latihan industri di syarikat ini saya amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh majikan kepada saya yang menjalani latihan industri di syarikat tersebut. Walaupun syarikat ini hanya syarikat yang kecil tetapi dengan hasil kerjanya yang amat memuaskan,saya yakin syarikat ini boleh maju dan berkembang dengan lebih pesat. Namun begitu,pada pandangan saya terdapat juga kelemahan yang boleh menjejaskan prestasi syarikat ini ialah :

1.      Sikap segelintir pekerja yang tidak menepati masa untuk masuk kerja tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

2.       Terdapat sesuatu kerja yang tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya kerana sikap sambil lewa pekerja itu sendiri


3.      Pekerja seharusnya memberi komitmen yang mantap kepada majikan sewaktu melakukan kerja

4.      Perkerja perlu mengamalkan sikap hormat menghormati sewaktu bekerja


5.      Pekerja seharusnya membantu dan memantau pelajar praktikal dalam menjalankan tugas

6.      Pekerja perlu menegur kesalahan pelajar praktikal dengan cara yang berhemah




CADANGAN
Sepanjang tempoh masa latihan industri,banyak pengalaman yang saya tempuh ada yang membawa pengalaman pahit dan manis. Di sini saya ingin kemukakan beberapa cadangan dan berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab:

a)      PIHAK SYARIKAT

1.      Pihak syarikat perlu menambahkan lagi pekerja untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih pantas.

2.      Pihak syarikat seharusnya menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan peralatan yang baru


3.      Pihak syarikat perlu memantau para pekerja dalam melakukan kerja

4.      Pihak syarikat seharusnya memantau sikap para pekerja apabila para pekerja berganding bahu melakukan kerja bersama pelajar praktikal

5.      Diharapkan pihak syarikat memberi tugasan yang sesuai dengan bidang yang diambil oleh pelajar praktikal








b)     PIHAK KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON


1.      Para pelatih sepatutya diberikan gambaran mengenai kerja-kerja yang bakal dilakukan dan dijalani mengikut bidang masing-masing.

2.      Pihak kolej perlu memberi cadangan dan masa yang  panjang untuk menyediakan tempat latihan industri bagi pelatih mengikut tempat tinggal pelajar masing-masing



c)      PIHAK PELAJAR PRAKTIKAL

1.      Pelajar praktikal perlu bersikap lebih terbuka untuk menerima teguran

2.      Pelajar praktikal seharusnya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk menambahkan lagi kemahiran yang ada dan mengambil pengalaman.


3.      Pelajar perlu meminta tunjuk ajar atau bertanya kepada kawan-kawan dan pekerja-pekerja yang lain jika tidak dapat atau tidak mengetahui cara untuk menyelesaikantugasan yang diberi

4.      Pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat

      
6.1  KESIMPULAN

Selama 18 minggu menjalani latihan industri,banyak pengetahuan,pendedahan dan pengalaman pahit dan manis yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar. Selain itu saya dapat mempersiapkan diri saya untuk menghadapi alam pekerjaan yang sebenar. Latihan industri adalah pelengkap kepada ilmu teori yang telah dipelajari kerana ilmu yang dipelajari jika tidak diamalkan tidak memberikan apa-apa makna dan ia merupakan perkara yang sia-sia.

Sepanjang saya menjalani latihan industri,terdapat banyak perkara yang saya pelajari. Ada yang memberi pengajaran dan tauladan namun  ada perkara  yang perlu dijadikan sempadan. Terdapat banyak perubahan dari sudut pembelajaran, persekitaran tempat kerja dan pergaulan serta sikap rakan kerja yang lain. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan daya pemikiran saya disaat saya diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia juga mendidik saya untuk bersikap lebih rasional terhadap diri saya sendiri.

Walaupun begitu,masih wujud kelemahan yang perlu saya baiki pada masa hadapan. Oleh itu saya dapat simpulkan bahawa latihan industri ini merupakan satu program yang perlu diteruskan oleh  generasi-generasi yang akan datang kerana ia banyak memberikan kelebihan dari keburukan. Ia juga merupakan salah satu langkah mempersiapkan diri untuk menempuh cabaran dan dugaan tempat kerja yang sebenar.


 

LAMPIRAN 1
GAMBAR PERALATAN 




                              
          SPANAR BOLEH LARAS                                                    CUTTER WIRE

                     
            GUNTING                                                                 “T” SPANAR
                   
             CORDLESS                                                                           HAMMER”
                                                                                                                         




LAMPIRAN 2

GAMBAR PERALATAN

 
           METER GAS                                                                          ALLENKEY





                                                                         VAKUM

                                                             
 
                     PILER                                                                                    CUTTER COOPER



LAMPIRAN 3

SENARAI PERALATAN





          PENIMBANG AIR                                                                          PAHAT






                                                               
                                                TANGGA

 
      “SKRU DRIVER”                                                                “BENDER”


LAMPIRAN 4

SERVIS MAJOR

1. MENGENAL PASTI MASALAH PENGHAWA DINGIN







2. ON PENGHAWA DINGIN













LAMPIRAN 5

3. KUNCI GAS MENGGUNAKAN ALLENKEY







4. BUKA NAT













LAMPIRAN 6

5. TANGGALKAN WAYAR OUTDOOR DAN INDOOR

6. TURUNKAN INDOOR DAN OUTDOOR














LAMPIRAN 7

7. LERAIKAN UNIT INDOOR SATU PERSATU




                         










LAMPIRAN 8

 8. MENCUCI KOMPONEN INDOOR DAN OUTDOOR












9. MEMASANG SEMULA KOMPENAN PENGHAWA DINGIN INDOOR YANG TELAH DILERAIKAN






LAMPIRAN 9

10. MELETAKKAN SEMULA UNIT OUTDOOR YANG TELAH DIBASUH DI TEMPAT ASAL







11. PASANG SEMULA NAT PENYAMBUNG UNIT INDOOR DAN OUTDOOR














LAMPIRAN 10

12. MELAKUKAN BURST PADA SAMBUNGAN OUTDOOR









 13. BUKA GAS MENGUNAKAN ALLENKEY











LAMPIRAN 11

   14. PERIKSA KEBOCORAN








15. ON PENGHAWA DINGIN













LAMPIRAN 12

16. PERIKSA GAS








17. UNTUK KEMASAN TERAKHIR, LAPKAN UNIT PENGHAWA DINGIN MENGGUNAKAN ‘CIF ‘















BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

5.1 PENGENALAN Latihan industri ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya lebih banyak memberi manfaat berbanding buruknya. Ia j...