5.1 PENGENALAN
Latihan industri ini amat baik untuk para pelajar
kerana ianya lebih banyak memberi manfaat berbanding buruknya. Ia juga membuka
peluang kepada saya untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan syarikat dan
seterusnya dapat menjalan kepada saya untuk menjadi salah seorang daripada
kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian.
Setelah menjalani latihan industri selama 18 minggu,
terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang saya berada di
Kejuruteraan Teras Setia. Seperti biasa,setiap perkara yang berlaku ada buruk
dan ada baiknya,begitu juga dengan latihan industri ini.
Seterusnya pada pandangan saya,dapatan dan cadangan
ini sesuai dikemukakan kepada syarikat yang ingin mengambil pelajar praktikal
kerana ia dapat membantu pengurus projek lebih memahami keperluan pelajar
praktikal. Bukan itu sahaja malah, organisasi latihan juga boleh memperbaiki
kelemahan syarikat yang mungkin tidak disedari selama ini.
5.2 ANALISIS DAN PENGALAMAN BEKERJA
Berikut merupakan ilmu dan pengalaman yang saya
perolehi sepanjang menjalani Latihan
Industri di Kejuruteraan Teras Setia :
1. Menghadapi
pelbagai karenah pelanggan-pelanggan
2. Sebelum membuat
sesuatu kerja,utamakan keselamatan terlebih dahulu
3. Membuat sesuatu kerja dengan lebih pantas dan
kemas
4. Belajar
menghormati agama dan budaya orang lain
5. Menjaga disiplin
diri sepanjang waktu bekerja
6. Mempelajari
bahasa teknikal dalam industri dalam bidang penyamanan udara
5.3 KOMEN DAN CADANGAN
KOMEN
Semasa
saya menjalani latihan industri di syarikat ini saya amat berpuas hati dengan
layanan yang diberikan oleh majikan kepada saya yang menjalani latihan industri
di syarikat tersebut. Walaupun syarikat ini hanya syarikat yang kecil tetapi
dengan hasil kerjanya yang amat memuaskan,saya yakin syarikat ini boleh maju
dan berkembang dengan lebih pesat. Namun begitu,pada pandangan saya terdapat
juga kelemahan yang boleh menjejaskan prestasi syarikat ini ialah :
1. Sikap
segelintir pekerja yang tidak menepati masa untuk masuk kerja tepat pada waktu
yang telah ditetapkan.
2. Terdapat sesuatu kerja yang tidak dapat
disiapkan tepat pada waktunya kerana sikap sambil lewa pekerja itu sendiri
3. Pekerja
seharusnya memberi komitmen yang mantap kepada majikan sewaktu melakukan kerja
4. Perkerja
perlu mengamalkan sikap hormat menghormati sewaktu bekerja
5. Pekerja
seharusnya membantu dan memantau pelajar praktikal dalam menjalankan tugas
6. Pekerja
perlu menegur kesalahan pelajar praktikal dengan cara yang berhemah
CADANGAN
Sepanjang
tempoh masa latihan industri,banyak pengalaman yang saya tempuh ada yang
membawa pengalaman pahit dan manis. Di sini saya ingin kemukakan beberapa
cadangan dan berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang
bertanggungjawab:
a)
PIHAK
SYARIKAT
1. Pihak
syarikat perlu menambahkan lagi pekerja untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan
lebih pantas.
2. Pihak
syarikat seharusnya menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan
peralatan yang baru
3. Pihak
syarikat perlu memantau para pekerja dalam melakukan kerja
4. Pihak
syarikat seharusnya memantau sikap para pekerja apabila para pekerja berganding
bahu melakukan kerja bersama pelajar praktikal
5. Diharapkan
pihak syarikat memberi tugasan yang sesuai dengan bidang yang diambil oleh
pelajar praktikal
b)
PIHAK
KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON
1.
Para pelatih sepatutya
diberikan gambaran mengenai kerja-kerja yang bakal dilakukan dan dijalani
mengikut bidang masing-masing.
2.
Pihak kolej perlu
memberi cadangan dan masa yang panjang
untuk menyediakan tempat latihan industri bagi pelatih mengikut tempat tinggal
pelajar masing-masing
c)
PIHAK
PELAJAR PRAKTIKAL
1.
Pelajar praktikal perlu
bersikap lebih terbuka untuk menerima teguran
2.
Pelajar praktikal
seharusnya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk menambahkan lagi
kemahiran yang ada dan mengambil pengalaman.
3.
Pelajar perlu meminta
tunjuk ajar atau bertanya kepada kawan-kawan dan pekerja-pekerja yang lain jika
tidak dapat atau tidak mengetahui cara untuk menyelesaikantugasan yang diberi
4.
Pelajar perlu mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat
6.1
KESIMPULAN
Selama
18 minggu menjalani latihan industri,banyak pengetahuan,pendedahan dan
pengalaman pahit dan manis yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan
yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan diri bagi
menghadapi kehidupan yang kian mencabar. Selain itu saya dapat mempersiapkan
diri saya untuk menghadapi alam pekerjaan yang sebenar. Latihan industri adalah
pelengkap kepada ilmu teori yang telah dipelajari kerana ilmu yang dipelajari
jika tidak diamalkan tidak memberikan apa-apa makna dan ia merupakan perkara
yang sia-sia.
Sepanjang
saya menjalani latihan industri,terdapat banyak perkara yang saya pelajari. Ada
yang memberi pengajaran dan tauladan namun
ada perkara yang perlu dijadikan
sempadan. Terdapat banyak perubahan dari sudut pembelajaran, persekitaran
tempat kerja dan pergaulan serta sikap rakan kerja yang lain. Secara tidak
langsung ia dapat meningkatkan daya pemikiran saya disaat saya diberi
tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia juga mendidik saya
untuk bersikap lebih rasional terhadap diri saya sendiri.
Walaupun
begitu,masih wujud kelemahan yang perlu saya baiki pada masa hadapan. Oleh itu
saya dapat simpulkan bahawa latihan industri ini merupakan satu program yang
perlu diteruskan oleh generasi-generasi
yang akan datang kerana ia banyak memberikan kelebihan dari keburukan. Ia juga
merupakan salah satu langkah mempersiapkan diri untuk menempuh cabaran dan
dugaan tempat kerja yang sebenar.
LAMPIRAN 1
GAMBAR
PERALATAN
SPANAR BOLEH LARAS CUTTER
WIRE
GUNTING “T”
SPANAR
CORDLESS “HAMMER”
LAMPIRAN
2
GAMBAR
PERALATAN
METER
GAS ALLENKEY
VAKUM
PILER
CUTTER COOPER
LAMPIRAN 3
SENARAI PERALATAN
PENIMBANG
AIR
PAHAT
TANGGA
“SKRU
DRIVER”
“BENDER”
LAMPIRAN 4
SERVIS
MAJOR
1. MENGENAL PASTI MASALAH PENGHAWA
DINGIN
2. ON
PENGHAWA DINGIN
LAMPIRAN
5
3. KUNCI GAS MENGGUNAKAN ALLENKEY
4.
BUKA NAT
LAMPIRAN
6
5. TANGGALKAN WAYAR OUTDOOR DAN INDOOR
6. TURUNKAN INDOOR DAN OUTDOOR
LAMPIRAN 7
7. LERAIKAN UNIT INDOOR SATU PERSATU
LAMPIRAN 8
8. MENCUCI KOMPONEN INDOOR DAN OUTDOOR
9. MEMASANG
SEMULA KOMPENAN PENGHAWA DINGIN INDOOR
YANG TELAH DILERAIKAN
LAMPIRAN
9
10. MELETAKKAN SEMULA UNIT OUTDOOR YANG TELAH DIBASUH DI TEMPAT
ASAL
11. PASANG SEMULA NAT PENYAMBUNG UNIT INDOOR DAN OUTDOOR
LAMPIRAN
10
12. MELAKUKAN BURST PADA SAMBUNGAN OUTDOOR
13. BUKA GAS MENGUNAKAN ALLENKEY
LAMPIRAN
11
14. PERIKSA KEBOCORAN
15. ON
PENGHAWA DINGIN
LAMPIRAN
12
16.
PERIKSA GAS
17. UNTUK KEMASAN TERAKHIR, LAPKAN UNIT
PENGHAWA DINGIN MENGGUNAKAN ‘CIF ‘